jom cuba tengok barang kat sini... ♬♬♬

Thursday, January 21, 2010

siapa suka makanan orang cina (chinese food)??pernah makan arrow head??

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 11:41 AM



ada tak penggemar makanan cina yang baca blog I ni?hurm...kalau ada bagus la, kalau tak ada, you should try k...cakap 1 Malaysia..makanan pun kenalah muhibah k..

pernah dengar tak nama sayur "arrow head" bukan kepala anak panah k..nama melayu I tak tahu pulak.huhuhu~~??kalau sekali tengok memang dah tahu da memang kaum cina yang akan beli..payah nak tengok orang melayu beli...



haa...inilah dia arrow head..biasanya kalau kat Giant, Tesco, Carefour dan sewaktu dengannya adalah arrow head ni..sangat murah harga dia waktu ni..

tengah pilih-pilih, adalah beberapa orang tegur I..


aso (nenek) kaum cina (pilih-pilih dengan I)

aso:: U pandai makan ini ka?
nana::pandai juga la aso (ayat dah lintang pukang ikut cara aso cakap)
aso:: bagus la U, tak lamai olang melayu pandai makan ini lo~~
nana:: *balas dengan senyuman sahaja

pak cik kaum melayu (tengah lalu-lalang)

pak cik:: apa ni dik?bawang ke?
nana:: tak la pak cik, nama dia arrow head (dalam hati cakap pakcik ni tak pandai mengeja ke?hahaha...sangat jahat mulut I)
pakcik:: ni boleh makan ke?tak haram ke?
nana:: boleh pak cik, ni sayur..tak haram pun..pak cik cubalah..(dalam hati cakap orang tua ni betul la, kalau haram takkan la diorang campur kat tempat sayur dan kalau tak boleh makan kenapa I beli..ingat nak main baling-baling ke?huh!!!)

mak cik kaum melayu (tukang timbang)

mak cik:: adik pandai ke makan ni?
nana:: pandai mak cik..(dalam hati: alahai mak cik kalau tak pandai makan takkan I beli??)
mak cik:: owh..makcik tak pandai makan..
nana:: *senyum jew..(dalam hati::lantak la mak cik kalau tak pandai pun..saya bukan nak bagi mak cik makan pun..)

uish...jenuh betul nak menjawab soalan sorang-sorang yang ada kat situ...salah ke kalau melayu makan makanan cina????



ni hasil rembatan I..tak sampai 2kg pun...tapi banyak gak, n I tak larat duk lama-lama kat situ, banyak sangat orang tanya...huhu~~


you all tahu tak makanan ni??nak makan macam mana?kalau ramai yang berminat nanti I ajarkan ye...

16 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe:

Jieda on January 21, 2010 at 1:42 PM said...

arrow head tu masak apa yang sedap?

Unknown on January 21, 2010 at 1:58 PM said...

i ada tngk rupa cam bawang putih...tunjuk sikit camno nak masak...kita kan 1 malaysia...hehe

Ida Sazarina on January 21, 2010 at 2:11 PM said...

❤ Jieda ❤

nanti next post I bg taw k..hehehe~~

Ida Sazarina on January 21, 2010 at 2:15 PM said...

❤ POSH76 ❤

yup sis..1 malaysia...nant i bg taw k masak pe...

Zati Suka Pelangi on January 21, 2010 at 2:47 PM said...

ah...arrow head..the best!!I loike...

Ida Sazarina on January 21, 2010 at 2:49 PM said...

❤ Zati ❤

yup!!i like it too~~hehehe~~

kai on January 21, 2010 at 6:03 PM said...

kepala anak panah ni sedap ke ???
kui kui kui...

Ida Sazarina on January 21, 2010 at 6:47 PM said...

❤ kai ❤

sangat sedap kepala anak panah itu~~hehehe~~

Nazz on January 21, 2010 at 7:16 PM said...

Tak salah melayu makan makanan Cina asalkan jangan jadi Cina makan..

Ida Sazarina on January 21, 2010 at 7:20 PM said...

❤ Nazz ❤

jgn jd cina makan???
hurm...len mcm maksud nye tu..hehehe~~

Iza on January 21, 2010 at 7:48 PM said...

Itu sengkuang cina ka? kalau sengkuang cina, memang aku pernah makan.sedap, x pyh masak, kupas je terus makan. Banyak khasiat dia selain menyejukkan badan.
tp x pernah tgk pulak warna putih.selalunya warna dia mcm bawang merah kecil tu...

Ida Sazarina on January 21, 2010 at 7:55 PM said...

❤ Iza ❤

kalau sengkuang cina lain..dia warna gelap2 kan?memang sedap kalau mkn mcm tu..dapat pulak da masuk fridge..huhu~~
ni xboleh makan sebelum di masak taw..rasanye amat hampeh..huhuh~~

Rinna on January 21, 2010 at 10:18 PM said...

Aduiyai baru laa akak leh baca..N3 nana nie..hehehe..dah tukar fontnya..

Bagus tuh leh laa belajar..resepi Nana tuh..

Solehah on January 21, 2010 at 10:30 PM said...

masak ape?

Ida Sazarina on January 21, 2010 at 11:10 PM said...

❤ Rinna ❤

memang font mcm ni la kak..hehehe~~

jap lg nana bg resepi k..




❤ Solehah ❤

jap nana pos kan resepi dia k.. :)

Jieda on January 25, 2010 at 11:52 AM said...

Nak menyampuk lagi kat ruangan komen ni hehehe..

Semalam gi Tesco nampaklah arrow head.dalam kepala terus teringatkan nana maklum la nana kan yang mengenalkan arrow head ni.sebelum ni tak pernah amik peduli.kebetulan harga yang dijual rm1.59 sekilo.apalagi..ramai la amoi-amoi dan nyonya-nyonya duk memilih.ada tu yang beli berplastik-plastik.

Related Posts with Thumbnails
 

❤ sToRy bY tHe PiNkY LoVeR❤ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas