jom cuba tengok barang kat sini... ♬♬♬

Wednesday, February 17, 2010

..:: saya beradat pepatih, anak jati Negeri Sembilan... ada masalah?? ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 8:59 PM






ramai jejaka yang kat luar sana takut nak kahwin dengan perempuan Negeri Sembilan kan?? kenapa ye?? kononnya nanti perempuan bolot harta si lelaki ye?? alahai...siapa yang kolot ni?? mari-mari saya cerita kat sini...biar semua terang dan buka mata sikit k..


bak kata orang tua-tua negeri lain kepada anak lelakinya:: "kau jangan kahwin dengan orang Negeri Sembilan ni nanti harta kau habis dikikis".. alahai makcik dan pakcik sekalian.. kami di Negeri Sembilan mengamalkan adat pepatih, adat pepatih mengatakan harta pusaka perlu diwarisi oleh anak perempuan.. saya ulang HARTA PUSAKA!! harta nenek moyang kami yang turun temurun SAHAJA!!


kenapa mcam ni?? kalau dah semua hak kat lelaki kalau perempuan ditinggalkan, tak adalah nak merempat tak tentu hala.. kalau dikatakan suami isteri bercerai hidup atau mati.. pembahagian harta tetap mengikut islam, tetap ada hasil sepencarian semua tu..ikut hukum Faraid..faham tak ni??kalau tak faham pergi la mampus cari buku yang boleh membantu k..

so, jangan la nak cakap perempuan Negeri Sembilan ni pengikis k... mungkin adalah yang segelintir macam tu.. tapi perempuan negeri lain ni tak ada ke yang mengikis?? malas la saya bagi nama negeri lain..

ada pula yang cakap perempuan Negeri Sembilan queen control.. apalah semua ni?? kalau nak control tak ikut negeri la..

tak kurang jugalah ada yang cakap perempuan Negeri Sembilan ni tak lawa... ye la saya mengaku saya ni tak lawa.. tapi ada lagi ramai perempuan Negeri Sembilan yang lawa-lawa taw..tapi tak adalah hidung tegak macam anak mami penang tu..huhuhu..(sebab hidung ku kemek!!)

so, sesiapa yang anggap buruk kat perempuan Negeri Sembilan ni terpulang la k.. yang pastinya setiap insan pun adakelebihan dan kelemahan..kalau dah cinta tu tak payah la nilai ikut negeri k.. nilai seseorang dari keluhuran hati..bukan negeri kelahiran yang penuh dengan mitos dan auta semata!!!

pendapat kamu macam mana dengan perempuan Negeri Sembilan ni??entry kali ni bukan nak berunsurkan kenegerian..cuma nak membuka mata sesiapa yang masih tak faham semua ni..

0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe:

Related Posts with Thumbnails
 

❤ sToRy bY tHe PiNkY LoVeR❤ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas