jom cuba tengok barang kat sini... ♬♬♬

Friday, February 12, 2010

..:: semua suka hari jumaat..kenapa?? ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 6:00 AM

wah!!!hari ni dah hari jumaat kan??dapat pula minggu ni bakal ada sambutan Tahun Baru Cina..syorganya!!apa yang u all fikir pasal hari jumaat ni..rasanya ramai kalangan kita yang suka bila tibanya hari jumaat ni kan??kenapa??

antara sebab ramai yang jatuh cinta dengan hari jumaat ni ialah::




❤ esok cuti..hari ni boleh balik kampung...rindunya masakan mak..padahal suka nak mengular...
❤kalau student pula, esok sabtu, aku nak qada' tidur aku puas-puas...ingat nak qada' tidur jew ke??puasa tu dah qada'??huhuhu~~
❤bagi yang kerja, alahai lunch hour lama ni boleh la nak tidur, tak pun shopping jap..almaklumlah lunch hour jumaat ni panjang sikit..jangan ingat perempuan jew k, lelaki pun sama..ramai yang ponteng solat!!!
❤"wah!!! weekend ni boleh la I clubbing puas-puas...selalu mengantuk jew"..ada juga yang keluar dari mulut antara kita ni..hai!!tak takut mati ke??

walau apa pun alasan u all suka hari jumaat ni...jangan lupa pada tanggungjawab...terutama lelaki..janganlah nak ponteng je solat tu..walaupun dalam islam cakap, 3 kali berturut-turut, jangan la 2 kali tak pergi, sekali pegi..haishhh~~~ada juga taw yang macam ni...

antara fadhilat hari jumaat::

Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat. (bunuh diri tak termasuk ye??)
Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.(so..jangan tinggal ye??)
Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.(jangan la doakan keburukan pada orang pulak)


jadi..marilah kita sama-sama rebut peluang pahala yang ada..I sekadar berkongsi, I tahu diri I ni jahat banyak kekurangan..disamping berkongsi dengan kalian, I dapat juga menginsafi diri...


janganlah suka baca dan komen hal semasa sahaja, ilmu akhirat pun kita perlukan...

0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe:

Related Posts with Thumbnails
 

❤ sToRy bY tHe PiNkY LoVeR❤ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas