ada tak penggemar makanan cina yang baca blog I ni?hurm...kalau ada bagus la, kalau tak ada, you should try k...cakap 1 Malaysia..makanan pun kenalah muhibah k..
pernah dengar tak nama sayur "arrow head" bukan kepala anak panah k..nama melayu I tak tahu pulak.huhuhu~~??kalau sekali tengok memang dah tahu da memang kaum cina yang akan beli..payah nak tengok orang melayu beli...

haa...inilah dia arrow head..biasanya kalau kat Giant, Tesco, Carefour dan sewaktu dengannya adalah arrow head ni..sangat murah harga dia waktu ni..
tengah pilih-pilih, adalah beberapa orang tegur I..
aso (nenek) kaum cina (pilih-pilih dengan I)
aso:: U pandai makan ini ka?
nana::pandai juga la aso (ayat dah lintang pukang ikut cara aso cakap)
aso:: bagus la U, tak lamai olang melayu pandai makan ini lo~~
nana:: *balas dengan senyuman sahaja
pak cik kaum melayu (tengah lalu-lalang)
pak cik:: apa ni dik?bawang ke?
nana:: tak la pak cik, nama dia arrow head (dalam hati cakap pakcik ni tak pandai mengeja ke?hahaha...sangat jahat mulut I)
pakcik:: ni boleh makan ke?tak haram ke?
nana:: boleh pak cik, ni sayur..tak haram pun..pak cik cubalah..(dalam hati cakap orang tua ni betul la, kalau haram takkan la diorang campur kat tempat sayur dan kalau tak boleh makan kenapa I beli..ingat nak main baling-baling ke?huh!!!)
mak cik kaum melayu (tukang timbang)
mak cik:: adik pandai ke makan ni?
nana:: pandai mak cik..(dalam hati: alahai mak cik kalau tak pandai makan takkan I beli??)
mak cik:: owh..makcik tak pandai makan..
nana:: *senyum jew..(dalam hati::lantak la mak cik kalau tak pandai pun..saya bukan nak bagi mak cik makan pun..)
uish...jenuh betul nak menjawab soalan sorang-sorang yang ada kat situ...salah ke kalau melayu makan makanan cina????

ni hasil rembatan I..tak sampai 2kg pun...tapi banyak gak, n I tak larat duk lama-lama kat situ, banyak sangat orang tanya...huhu~~
you all tahu tak makanan ni??nak makan macam mana?kalau ramai yang berminat nanti I ajarkan ye...









