jom cuba tengok barang kat sini... ♬♬♬

Tuesday, December 29, 2009

resepi Cik Nana:: ikan talapia goreng cili api

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 5:20 PM



dekat sini I nak ajar kamu masak k...I bukan la pandai masak sangat..tapi kalau nak kongsi-kongsi resepi tak salahkan??kalau sudi kamu cuba la k??

resepi kali ni bagi peminat makanan pedas..ala-ala boleh berasap telinga, meleleh air hidung, lidah rasa berapi...disebabkan I memang suka makanan pedas (anak neghoghi la katakan..), so, memang sesuai menu ni...




bahan-bahan::

4 ekor ikan talapia (kalau I guna yang merah, sebab mak cakap yang hitam ada rasa lumpur, betul ke??hehehe)

5 ulas bawang putih

segenggam cili api

3 keping asam keping

minyak untuk menggoreng




cara-cara::

1- siang dan bersihkan ikan talapia.

2- potong 2 atau 3 ikan talapia.

3-gaulkan ikan dengan kunyit serbuk dan sedikit garam (macam kita nak makan ikan goreng)

4-goreng ikan talapia (make sure goreng garing-garing taw..baru sedap!!)

5-toskan ikan yang siap digoreng, keluarkan minyak lebih goreng ikan, tinggalkan untuk masakkan cili sahaja.

6-tumbuk atau blender (blender kering taw) bawang putih dan cili api.

7-masakkan bahan yang siap ditumbuk dan tambahkan asam keping.

8-masak bahan-bahan sehingga garing.

9-campurkan ikan yang telah siap digoreng.

10-sedia untuk dihidang.



pinky note:: boleh juga tukarkan ikan talapia dengan ikan keli, ikan selar atau ikan mengikut citarasa masing-masing...








last sekali nak promote muka chef pada hari ni..harap-harap masakan anda akan lebih sedap..hehehe...


SELAMAT MENCUBA!!!

2 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe:

AJ on December 29, 2009 at 11:05 PM said...

Sedapke Ikan Talipia ni..dulu pernah try,tak brape sedap..trus sampai skang tak makan ikan talipia...

http://eyriqazz.blogspot.com/

Ida Sazarina on December 29, 2009 at 11:35 PM said...

❤ Eyriqazz ❤
thanx sudi view my page..
sedap, kalau goreng garing2..
mungkin yg mkn tu mungkin yg talapia hitam kot..
memang tak sedap..
kalau talapia merah sedap...!!!
cuba la k..

Related Posts with Thumbnails
 

❤ sToRy bY tHe PiNkY LoVeR❤ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas