jom cuba tengok barang kat sini... ♬♬♬

Friday, April 2, 2010

..:: Din Beramboi meninggal dunia ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 3:58 AM





dengan rasa dukacita nana maklumkan pada semua, bahawa kita telah kehilangan pelawak dan penghibur yang sangat-sangat berbakat ini..agak terkejut nana mendapat berita dari Ngexz...Ngexz dapat berita dari Facebook Afdlin  Shauki iaitu teman rapat allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44. Kematian allahyarham kira-kira jam 12.35 pagi tadi..




Kematian Allahyarham dikatakan berpunca dari kencing tikus adalah sangkaan awal sahaja..tetapi hakikatnya Allahyarham yang berkhidmad di stesyen radio Era dan mengendalikan rancangan pagi bersama Aznil Haji Nawawi (Pak Nil) adalah berpunca daripada demam denggi berdarah (Dengue Shock Syndrome).

baru petang semalam nana sempat membaca Harian Metro, mengutarakan  suara hati balu Allahyarham.. Beliau mengatakan Allahyarham berjanji ingin meluangkan masa bersama keluarga setelah tamat Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang akan berlangsung pada ahad ini.. kerana Allayarham diberi cuti selama 10 hari selepas ABPBH, jadi masa cuti itu telah dirancang untuk bawa anak-anak dan isteri bercuti ke Genting Highland. pasti ada sedikit terkilan pada balu Allahyarham..

walaubagaimanapun, kita harus menerimanya sebagai takdir dan Qada' & Qadar Allah... semua yang berlaku ada hikmahnya.. Allah lebih menyayangi Allahyarham Din Beramboi.. kita sebagai umat Nya yang masih hidup bersyukur di atas nikmatNya.. marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham.. moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang beriman..

!!!!Din Beramboi dalam kenangan!!!!

sewaktu mengendalikan pagi di era...
( Aznil dan Din Beramboi Riuh Sana Sini)


DIn Beramboi bersama rakan pengkritik Raja Lawak MUsim Keempat Bob Lokman dan Afdlin Shauki..

0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe:

Related Posts with Thumbnails
 

❤ sToRy bY tHe PiNkY LoVeR❤ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas