jom cuba tengok barang kat sini... ♬♬♬

Thursday, December 31, 2009

selamat tahun baru 2010 & gerhana bulan

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 4:56 PM 2 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe



malam ni mesti ramai yang g sambut tahun baru 2010 kan???ada yang g tengok konsert, bunga api, tapi jangan buat gejala tak senonoh ok???semua pun da besar panjang kan...pandai jew jaga diri...

tapi I mungkin tak g mana-mana pun...sambut n tengok kat rumah jew....dapat tengok artis dekaat-dekat..n I tak suka sangat (padahal memang tak suka pun..) sesak-sesak ni...rimas!!!



yang lagi best tahun baru kali ini...lepas detik 12 malam, kita menunggu pula untuk melihat gerhana bulan...

fakta-fakta gerhana bulan awal tahun 2010:::

---> gerhana bulan separa.
--->kemuncak pada 3:24 pagi.
---> 8% daripada Bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra.
--->ketika fenomena di panggil "Blue Moon" yang berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahun.
--->Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun.

mari makan "Satay Kajang Haji Samuri"

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 10:53 AM 5 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe





kalau cakap "Satay Kajang Haji Samuri" memang dah tak asing lagi kan?semua orang tau, sebab banyak branch dia..malam tadi kakak I teringin nak makan satay ni..selalu nya kami tapau @ bungkus jew...




sebab Satay Kajang Haji Samuri cawangan Senawang, Negeri Sembilan ni dekat sangat dengan rumah..
sesiapa yang tak tahu kat mana kedai dia kat senawang, terletak kat Dataran Senawang dekat dengan Giant dan Mc Donald tu la..


cara order lagi senang..kami call jew, dalam 20 minit pergi jew amek...kalau tunggu kat sana, alamatnya kena beratur panjang la nak order, tu belum masuk masa untuk menunggu order siap lagi tu..
senang jew kan?




u all ingat Pizza ngan McD jew ada delivery...tapi ni tak da la dia hantar kat umah..kena g ambil sendiri la ok...tapi memudah kerja dan menjimatkan masa...lepas order sempat mandi dulu sebelum g ambil satay tu..kalau I g ambil satay naik motor jew n tak pakai helmet..dekat sangat..hehehe...(ada pak polisi ke bace blog I ni.??jgn marah ye??)naik kereta payah nak parking..


hasil tapau malam tadi...time call cakap nama IDA tapi jadi NIDA pulak..hehehe...jimat kan kalau tapau??kalau makan kat sana tentu-tentu kena minum bagai...


ada sesiapa duk area senawang??nak contact number "Satay Kajang Haji Samuri" cawangan senawang??sila salin dan save dalam handfon k...06-6774144... simpan jangan tak simpan....!!!!


pinky note:: kat senawang ada juga satay tulang taw..nanti I cerita k...


Wednesday, December 30, 2009

Contesto de Lour

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 3:35 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe


tadi incik ezany bagi coment kat post nuffnang I..lepas tu jumpa contest dari contesto de lour..walaupun tak dijemput secara rasmi..tapi I rasa macam berminat pulak nak join contest dia..dapat topup taw kalau menang..acctually, ni first contest yang I nak join...saje mencuba nasib..mana taw boleh menang kan??esok last dia punya due date...nasib baik sempat...





sila click sini untuk join..



gambar yang I rasa layak adalah...






gambar ni I amek masa kat Bukit Melawati, Kuala Selangor & tiba-tiba dapat idea nak wat caption macam ni..




kezaliman:: penderaan terhadap kanak-kanak

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 2:48 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe


malam tadi dalam pukul 12:00 am tengah syok I terbaring atas katil dengan menengok tv siaran entah apa-apa entah..da layan nak lena dah tu..tiba-tiba datang satu suara yang &%$#...nak tahu apa dia??


my niece masuk bilik nak mintak buatkan susu!!!!!!


arrgghhh...kakak keja malam (nursing), brother in law lepak mamak, bibik da off timing kerja dia..so, nak tak nak kesian punya pasal I pun bangun la dengan lemah longlai nak turun bawah buatkan susu untuk my niece ni...


tapi, ingat senang ke nak dapat susu malam-malam buta ni??haa...apa lagi I melakukan penderaan yang melampau terhadap dia...tu la, orang nak tido yang kau g main PS samapi pagi lagi nape??hamek ko!!!!!


"sekarang buat muka chomey nak minta susu dulu..kalau tak makteh tak nak turun buatkan susu.." hamek muka gedik dia mintak susu kat aku..huhuhu~~



"buat aksi paling menarik sebelum mak teh turun dari katil ni..." hamek kau!!!menonggeng my niece..kesian dia...


"buat muka macam pesalah kena ikat tangan kat atas..." kejam kan I??hehehe~~


"buat muka kena tampar dan melekat kat dinding macam cicakman 2..."

"lastly, joget mcm chipmunk dulu" sibuk sangat main game chipmunk sampai pagi kan??hahahaha~~


turun dari katil kena posing gak dulu...kesian dia..tengok baju dan seluar dia...hahaha..I dera sampai buat macam tu..da jadi skema malam-malam buta ni...


hui!!!!bila da siap susu laju jew tangan nak ambil kan??tunggu dulu....jangan naik atas!!!


silalah posing dulu bersama susu "Anmum Essential"..sedapkan susu tu..tambah pula lepas penat kena dera..hehehe~~


itulah kekejaman, kezaliman & penderaan yang jadi malam tadi..tapi pukul 1:00 a.m I kena kejut lagi buat susu untuk dia nak tidur pulak....hehehe~~~




kenapa status nuffnang aku berubah dari glitterati kepada ordinary??

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 1:15 PM 2 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe




help!!!!!help!!!!!!help!!!!!!



tolong!!!!tolong!!!!tolong!!!!




kenapa ni??status I sebelum ni GLITTERATI kot..semalam baru add blog ni dalam akaun nuffnang lama...kiranya I nak continue la akaun lama...tapi pagi ni cek tengok-tengok da ubah jadi ordinary...kenapa ye??ada sesiapa yang arif?tolong berikan bantuan ye??

model tomato dan khasiat buah tomato

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 5:58 AM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe





iris sofea:: "uish mak teh ni, orang nak makan tomato pun tak senang..kacau jew.."


iris sofea::
"makteh kalau nak muka licin macam saya, makan la tomato tiap hari, nanti muka gebu & licin jew..tak ada jerawat macam makteh taw..



terima kasih buat my niece IRIS SOFEA selaku model sementara k..kata-kata mu memang menusuk kalbu...jerawat ye??



ok lah, now I nak beri tahu khasiat tomato pula k..jom sama-sama kita praktik kan...maw??





1-menghaluskan kulit muka dan menyahkan jerawat.

caranya:::


pilih tomato masak (yang ranum seperti gambar kat atas ni k..jangan yang hijau taw..)..perahkan airnya atau potong bulat-bulat macam potong timun untuk letak kat mata tu, kemudian sapukan rata pada muka..kalau dilakukan secara kerap, nanti kulit muka lebih halus dan bebas jerawat kerana tomato mengandungi tomatine berkhasiat anti radang..Vitamin C yang ada dalam tomato pula berfungsi sebagai antioksidan, manakala asid sitratnya membuang segala kotoran dan lemak pada muka yang berjerawat..InsyaAllah..



2- menyembuhkan bisul (ada sesiapa yang kena tak?kat punggong..mak cakap kecil-kecil dulu kalau duduk atas bantal kena bisul..hehehe...)

caranya:::

Panaskan tomato, kemudian letakkan di atas bisul...selepas itu bisul akan pecah dan sembuh...




3- menyembuhkan gusi berdarah dan sakit perut


caranya::

Ambil tomato segar dan cuci bersih, lalu dimakan tanpa ditambah apapun atau dibuat jus diminum setelah makan (jangan terlalu manis, atau tidak menambah gula lebih baik)..da cakap pun untuk kesihatan, bukan untuk sedap-sedap kan..jadi, jangan ikut selera k...


4-mencegah kanser prostat

caranya::

Jus dan sos tomato, berkhasiat mengurangkan risiko kanser prostat, kerana tomato mempunyai sumber likopen (zat gizi tanaman) yang merupakan antioksidan yang bagus...



nampak ke jerawat-jerawat ku??huhuhu~~dalam usaha penjagaan muka yang sempurna..ada tips untuk elak jerawat bagi tahu la k...banyak info entry ni I dapat dari sini..

Tuesday, December 29, 2009

resepi Cik Nana:: ikan talapia goreng cili api

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 5:20 PM 2 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe



dekat sini I nak ajar kamu masak k...I bukan la pandai masak sangat..tapi kalau nak kongsi-kongsi resepi tak salahkan??kalau sudi kamu cuba la k??

resepi kali ni bagi peminat makanan pedas..ala-ala boleh berasap telinga, meleleh air hidung, lidah rasa berapi...disebabkan I memang suka makanan pedas (anak neghoghi la katakan..), so, memang sesuai menu ni...




bahan-bahan::

4 ekor ikan talapia (kalau I guna yang merah, sebab mak cakap yang hitam ada rasa lumpur, betul ke??hehehe)

5 ulas bawang putih

segenggam cili api

3 keping asam keping

minyak untuk menggoreng




cara-cara::

1- siang dan bersihkan ikan talapia.

2- potong 2 atau 3 ikan talapia.

3-gaulkan ikan dengan kunyit serbuk dan sedikit garam (macam kita nak makan ikan goreng)

4-goreng ikan talapia (make sure goreng garing-garing taw..baru sedap!!)

5-toskan ikan yang siap digoreng, keluarkan minyak lebih goreng ikan, tinggalkan untuk masakkan cili sahaja.

6-tumbuk atau blender (blender kering taw) bawang putih dan cili api.

7-masakkan bahan yang siap ditumbuk dan tambahkan asam keping.

8-masak bahan-bahan sehingga garing.

9-campurkan ikan yang telah siap digoreng.

10-sedia untuk dihidang.



pinky note:: boleh juga tukarkan ikan talapia dengan ikan keli, ikan selar atau ikan mengikut citarasa masing-masing...








last sekali nak promote muka chef pada hari ni..harap-harap masakan anda akan lebih sedap..hehehe...


SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, December 28, 2009

hari bosan penuh dengan tontonan movie secara marathon..huhuhu....

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 9:18 PM 6 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe






hari kebosanan duduk di rumah tak terkira....so, apa yang saya buat hanya menonton movie...syok jugak samapi kejong-kejong urat punggong melepak depan lappy ni..huhuhu...



ada 3 movie yang saya layan hari ni...banyakkan??hehehe~~itu la, bosan yang tahap melampau sampai sanggup layan 3 movie secara marathon..sambil layan movie sambil download lagi movie yang belom sempat layan...padahal da banyak movie yang siap download tapi tak sempat-sempat lagi nak layan...



saya ni jenis yang kalau nak layan movie kena la ada mood yang terlebih..kalau tak wat naya on movie tapi saya tidur..at last dah bosan nak tengok ulang-ulang...



1st movie hari ni:: " A MILLIONARE FIRST LOVE"





cerita tangkap lentok..layan habis...sampai ada habuk masuk mata..(tak nak mengaku menangis..hehehe....)sweet sangat cerita ni...dari 5 bintang, saya bagi 5 bintang..tak ngantuk langsung....layan sangat-sangat...




2nd movie:: " CLOUDY AND THE MEATBALL"





cerita budak-budak...tapi layan gak la...menarik hati..sampai terbayang-bayang pula kalau ada kat malaysia yang boleh buat macam tu...ada burger jatuh dari langit..macam-macam makanan sedap..huhuhu~~tengok katun pun fikir nak betul-betul..tak logik langsung...tapi kalau betul-betul..alamatnya memang bertambah gemuk la Cik Nana oii!!!!



3rd movie:: "PHOBIA 2"




hari tu jalan-jalan kat IOI MALL ada hati nak tengok cerita ni..sebab tengok trailer dia macam best jew dekat depan GSC tu...tapi masa tu memang tak sempat..nak balik dah...baru je dapat download movie ni..tapi nk dijadikan cerita, tengah layan seram terlebih lak..so, sambung esok je la lagi..kalau malam lagi la tak sanggup nak menengok...seram sangat...tapi cerita ni memang best sangat. thrill gila!!!




petang tadi saya pergi hospital tengok bapa mertua kakak yang sakit...so, memang tak sempat la nak layan PHOBIA 2 sampai habis (alasan!!!!alasan!!!hehehe~~)

Sunday, December 27, 2009

Sein & Nana:: juara 'Sehati Berdansa" musim ke-3

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 8:14 PM 2 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe







ada sesiapa peminat program realiti 'sehati berdansa'??malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berlangsung Malam Kemuncak Sehati Berdansa.. pasangan Sein & Nana (wah!!! sama pula ngan nama NANAJOE...hehehe...) telah berjaya menewaskan pasangan Sazzy & Nazril..


saya pun menonton juga rancangan itu malam tadi..tapi tak adalah sampai nak mengundi..sedangkan nak reply sms kawan-kawan pun kadang-kadang pun kedekut (uppsss~~kadang-kadang ke selalu...?? =p ) tak adalah bagi saya membazir jew..ye la, lain individu lain pendapat.. terpulang pada hak individu itu sendiri...



hadiah yang ditawarkan malam tadi::













::HADIAH JUARA::
peserta(Sein & Nana)
►sebuah kereta Audi A4 (1.8)
►pakej bulan madu ke Rom Itali
►trofi

koreografer (Bayu)
►pakej percutian ke Rom, Itali
►sebuah trofi

Badan kebajikan (Persatuan Albinisma Kuala Lumpur)
►wang tunai berjumlah RM20,000








::NAIB JOHAN::
peserta & koreografer (Sazzy & Nazril)
►pakej percutian ke Australia
►trofi

Badan kebajikan (Persatuan Parkinson Malaysia)
►wang tunai berjumlah RM 15,000.




ada beberapa persoalan yang saya tertanya-tanya::


pemenang ditentukan dengan 100% undian sms..jadi kita bayangkan betapa banyak keuntungan yang 'mereka' dapat??


juara dapat kereta dan jumlah hadiah sehingga RM200k..tapi badan kebajikan yang diwakili hanya RM20k..bayangkan betapa jauh beza..sedangkan apa yang dihebahkan tentang badan kebajikan..




pinky note:: uppsss~~mana tahu statement saya ni melampau..boleh masuk ISA ke??hehehe~~ini cuma pandangan dari saya..tak salah kan saya memberi pandangan??




kemalangan ngeri:: 10 maut, 3 cedera akibat kecuaian pemandu

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 8:36 AM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe





AL-FATIHAH...
saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas kemalangan ini. kejadian ini berlaku semalam, 26hb December 2009.. mungkin pada akhir tahun semua mengharapkan ending yang baik buat diri dan keluarga masing-masing.. tetapi apakan daya, kita merancang tetapi DIA menentukan Qada' dan Qadar... sumber berita dari sini.

dengan harapan kejadian seumpama ni takkan berlaku lagi..kalau diri kita diletakkan pada keluarga mangsa macam mana la agaknya ye??nauzubillah...minta-minta dijauhkan..aamiiinn......




IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya identiti mangsa terakhir iaitu seorang wanita yang dipercayai berbangsa Melayu masih belum dikenal pasti.

Wan Abdullah berkata, penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Katanya kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat mangsa yang terbunuh dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Wan Abdullah berkata, semua yang terbunuh dan cedera adalah penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, bas ekspres itu bertolak dari Klang, Selangor pada jam 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

“Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti,” katanya.

Beliau berkata, besi pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata, pemandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

“Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri…kanan sebelum kejadian,” dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.



Saturday, December 26, 2009

❤ pengenalan baru di rumah baruku ❤

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 7:31 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe


masih ke ada antara kamu yang masih ingat pada header blog di atas ni?saya harap ada yang masih ingat ya?dulu saya menggunakan nama IDA SAZARINA tapi sekarang beralih pada NANAJOE..


uppsss...kamu jangan salah anggap yang saya nak menyerupai NANA AF yg dapat berkahwin dengan BRIAN ataupun NANA NURGAYA yang popular pada tahun 80-an & 90-an (kalau tak silap la..)


di rumah memang family dan kawan2 rapat ramai yang panggil NANA..JOE??siape jejaka tampan itu??hehehe...dimanakah joejambul??sebenarnya JOE adalah ayahandaku yang tercinta (JOHARI)..so, terciptalah nama NANAJOE di sini..walaupun tukar nama, tapi saya masih insan yang sama...cuma beralih angin..


blog dulu ada masalah sikit...apa ye?orang dengki?hurm...biasa la, manusia tak lari dari semua tu..cuma saya harap agar kali ni lebih baik dari sebelum ni...


saya harap kalau ada antara kamu yang masih ingat pada saya silalah bertegur-sapa di sini ye??saya masih macam dulu. tak ada sombong-sombong.bagi yang baru nak kenal-kenal pun silalah..sama-sama kita berkawan...tak salah kan??


sekarang blog ni masih dinaik taraf..so, kamu semua faham-faham la jika terdapat kekurangan ye??apa-apa pun salam perkenalan kembali...



Related Posts with Thumbnails
 

❤ sToRy bY tHe PiNkY LoVeR❤ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas