jom cuba tengok barang kat sini... ♬♬♬

Monday, October 13, 2014

Bakery Merah Jambu

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 5:11 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe


Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. bersyukur aku ke hadrat Ilahi.. Minat memasak yang dulunya suka-suka, dah menjadi cabang bisnes dan duit sampingan aku sekarang ni..

Mula nak bertapak memang perit, semua serba kekurangan, now! boleh hembus nafas lega.. syukur alhamdulillah... 

jom lah, alang-alang tu view blog bakery yang tak seberapa ni.. BAKERY MERAH JAMBU


Friday, February 15, 2013

Hangat - hangat tahi ayam

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 10:52 AM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe
assalamualaikum..

apa yang hangat? apa yang hangit? itulah apa yang terjadi pada aku dan blog ni.. konon hari tu nak update selalu.. nampaknya. setahun sekali pun payah.. hahahaha....


sabar je la kan? kerja dan ke'busy'an mengalahkan Perdana Menteri yang fikir tentang PRU mana parti yang menang... kahkahkah... uppsss... sorry saya tak layan politik... undi biarlah rahsia.... 

malas nak janji apa-apa dah... kalau rajin maka blog ni ber'update' lah... kalau tak update maknanya aku malas.... plus aku tau bukan ramai pun yang membaca blog ni.. hahahah... 

wasalam....

Monday, June 18, 2012

Apam Polka Dot Comel + Murah + Sedap

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 10:58 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe
Assalamualaikum....


seee... terserlahkan kecomelan apam angry bird ni..?? actually, banyak lagi corak apam yang ada... boleh terjah ke blog Apam Polkadot Nanajoe.

memang ramai sekarang yang buat bisnes apam polka dot ni.. tapi rasa semua berbeza-beza.. ada yang order dari aku, bagi feedback: "rasa apam ni macam muffin kenny roggers"... wah nampak gaya kenny rogers tutup la jualan muffin & ganti dengan jual apam polkadot aku ni.. *seee....angkat2 kening.. :P

jangan nak berangan sangatlah Cik Nana oi... hahaha... by the way, sesiapa yang nak order apam polka dot area Kuala Lumpur, silakan dengan tangan yang terbuka... lokasi saya: di Taman Cempaka Senawang (boleh pick up di Giant @ Mc Donald Senawang) atau di sekitar seremban dan senawang.... menyesal nanti sesiapa yang tak order... hihihihi...

jom review beberapa lagi sample packaging + corak Apam Polkadot yang Comel + Sedap + Murah... gerenti puas hati... :)


white + black + red theme... :)


red ladybugss in the house... :)

5pcs x 100pax... sesuai untuk door gift majlis perkahwinan atau pertunangan... yup, saya mengambil tempahan untuk lebih dari seribu pcs.. (in bulk)

pink + black theme...


warna boleh mengikut tema anda sendiri.. request ikut suka anda k.. :) jangan malu dan segan..  dah tak susah nak cari tempat untuk order apam polka dot ni... feel fre to sms me: 019-3701087 (nana)

Sunday, June 17, 2012

I wish I can stay wit this blog..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 10:19 PM 1 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe



Assalamualaikum... Salam semua, tiba-tiba ter'rajin' nak mengupdate blog ni... Sesungguhnya, kalau nak dikira lamanya aku tak mengupdate blog ni, bukan setakat dah bersawang... bapak dinosaur  pon boleh hidup dah berbahagia bergonjeng dalam blog ni...


kan aku dah cakap, siap bawak guitar lagi...huhuhu...

hopefully... (sambil gosok-gosok dagu yang tak berjanggut) aku punya keazaman nak berblog ni tak adalah macam hangat-hangat tahi ayam je.. ( kau pernah rasa hangatnya tahi ayam ke?)..kahkahkah......

doakan blog ini berupdate setiap hari.. :) at lest seminggu sekali.. :)


okeh..selamat tinggal dinosaur yang shumeelll... akak nak ambil balik tapak blog ni ye...byee~~ :)

Monday, October 10, 2011

Keputusan Terkini Perlawanan Bola Sepak Suku Akhir Piala Malaysia - 10 Oktober

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 7:01 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe
Pada malam ini tepat pada pukul 8.45 malam (seperti yang dijadualkan) berlangsung perlawanan bola sepak peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011. Berikut adalah Jadual dan Tempat Perlawanan.


Selangor (3) - (1) Perak
(Stadium Shah Alam, Selangor)

Felda United (1) - (0) Negeri Sembilan
(Stadium MBPJ)


Terengganu (2) - (1) Kelantan
( Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, Terengganu)

Sabah (1) - (2) T-Team
(Stadium Likas, Sabah)




Di atas adalah keputusan penuh bagi Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia.

Friday, October 7, 2011

Isi dan Intipati Pembentangan Bajet 2012 - 7 Oktober 2011

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 11:04 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe


Pada hari ini telah bermula Pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib. Berikut adalah semua isi dan intipati yang diumumkan oleh beliau pada hari ini.

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta eletrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untukprogram ini.
Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

info kredit untuk:malaykini.com

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Australia 7 Oktober 2011

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 6:09 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe



Harimau Malaya tidak perah patah semangat walaupun telah tewas menentang pasukan Jepun tempoh hari. Namun kali ini hari ini Harimau Malaya dijemput untuk mengadakan perlawanan persahaban bersama pasukan Australia.

Berikut adalah senarai penuh skuad Malaysia

-Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias.

-Pertahanan: Norhafiz Zamani Misbah, Muslim Ahmad, Farisham Ismail, Faizal Muhamad, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Zubir Azmi.

-Tengah: Joseph Kalang Tie, Amar Rohidan, K Gurusamy, K Reuben, Khyril Muhymeen Zambri, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, S Kunanlan, Baddrol Bakhtiar, Yong Kuong Yong.

-Penyerang: Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Izzaq Faris Ramlan, Shahrizal Saad.

Berikut adalah keputusan perlawanan:

Australia (5) - (0) Malaysia


Keputusan penuh adalah seperti di atas.. diharapkan Harimau Malaya cuba pada lain kali ye.. :)

Wednesday, April 21, 2010

..:: BE MY 19,099th VISITOR ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 9:56 AM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe

wah lama dah blog ni bersawangkan? heehehe~~lalalala~~~nanti nana cerita kenapa k...bagi yang dah tahu terima kasih ye...hehehe~~ok berbalik pada tajuk asal ni, nana merayap ke blog ngexz dan terjumpa entry dia...nana nak join juga!!!

ni bukan contest la, tapi hit counter..memang syok la nak masuk blog Dr.Faryn ni...dia seorang doktor ok...hehehe~~ok apa yang ditawarkan bagi hit counter kali ni?haaa~~~yang bestnya HANDBAG SEMBONIA cikmin dah menang wa cakap sama lu!!!hehehe~~kalau dah nama perempuan mest teruja kan?hurm....u all jom la join ramai-ramai..bukan susah pun...

kalau nak dapatkan hadiah menarik ni..., jom la CLICK SINI...hit sampai lebam sampai dapat 19099 k....semoga berjaya semua....

Friday, April 9, 2010

..:: Apa Yang Anda Tahu tentang Darkbatman dot com ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 10:01 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe
*Post ni khas untuk MR.SUPERMAN a.k.a AIE..so, bahasa memang macam longkang!! sebab dia tak akan sentap!! (kalau sentap gak, memang aku sunat kau lapan belas kali k!!)

*aku saje letak pic ni..kau tahu nape kan??hahaha~~

Syarat2 Peryertaan:

1. Anda perlu buat entri ”Apa Yang Anda Tahu tentang Darkbatman dot com
*settle~~tajuk dah sama k!!dah copy paste...
2. Di alu2 kan menjadi follower kesayangan saya
*settle~~ lama dah jadi follower, sejak dari  blogspot, sebelum follower ko cecah ratus-ratus lagi..hahaha~~
3. Sila sertakan banner duit di atas dan backlink pada entri ini.
*settle~~ ek kat tepi tu ok!!
4. JAdilah pembaca setia saya. ahaha.
*uiks, rasenye tiap post kau mesti ada jew komen aku kan??

Hadiah yang Ditawarkan:

1. Pemenang pertama = Rm150 bank in terus ke akaun anda
2. Pemenang kedua = Rm 50 bank in terus ke akaun anda
3. Saguhati Rm10 akan diberikan kepada 5 orang yang bertuah supaya peluang anda untuk menang semakin cerah.
*minggu lepas dapat bodyshop, minggu ni dapat duit rm50, nanti bagi aku lagi ye??hahaha~~

mula-mula haruslah cerita pasal tuan punya blog kan??




..:: kelas percuma untuk menjana pendapatan mencecah 5 angka sebulan dari blog ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 5:18 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe


nana dapat info untuk program ni dari Ridzuan Richie di facebook.. ala, takkan u all tak kenal?dia ni blogger popular taw... dari ridzuanrichie.com.. macam mana nana kenal dia? alahai, dia ni junior time nana sekolah dulu..kat sekolah tak pernah rapat pun..kat facebook baru-baru ni jew adalah share-share pasal blog sikit-sikit..dia seorang blogger tegar dan sepenuh masa..pendapatan hanya hasil dari internet..u all mesti nak jana trafik yang tinggi kan tanpa berpeluh blogwalking, sampai tak ada masa nak makan, uruskan anak dan apa sahaja...so, sekarang inilah masanya untuk anda pelajari berblogging dengan cara yang betul..nak tahu bagaimana? jom-jom nana bagi tahu k...

..:: nana dapat RM50 dari Mr.Superman a.k.a Aie ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 2:04 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe

nana oh nana~~~ mesti ramai yang jelouskan?? tak perlu jelous tentang kecantikan, sebab nana memang tak cantik... tetapi sila jelous dengan nana, sebab nana dapat RM50 dari Mr Superman a.k.a Aie....huhuhu~ dia nak visitor yang ke 11111..nana memang minat dengan nombor 11, so, nombor 11111 ni adakaitan juga la kan?so, nana usaha juga nak dapatkan..hehehe~~

Wednesday, April 7, 2010

..:: slot akasia TV3- AdaMaya memang best!! ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 8:38 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe

wah!! cerita ni baru jew mula semalam iaitu 6 hb April 2010.. AdaMaya - Cinta antara Kau, Aku dan Dia.alamak!!!cinta tiga segi ni...hehehhe~~sebenarnya nana baru jew layan cerita ni tadi, tu pun nak hujung-hujung...tapi nampak jalan cerita dia memang best!! rugi woo siapa tak layan!!

Tuesday, April 6, 2010

..:: saya anti RAFIQIN DARWISY yang mengutuk kematian DIN BERAMBOI ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 1:05 AM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe

ni gambar si Rafiqin Darwisy..nama indah tapi mulut macam lahanat! perangai nauzubillah..

salam..kali ni nana nak kongsikan pasal seorang budak tak sunat RAFIQIN DARWISY.. dia ni baru jew 14 tahun, tapi dah berani cari pasal di facebook.. dia tak tahu ke ramai yang kena saman pasal tak jaga pertuturan di facebook? yang paling nana geramkan, dia mengutuk orang yang dah meninggal dunia...astargfirullahhalazim~~ hanya Allah sahaja yang dapat menjatuhkan hukum pada dia.. ni nana tunjuk beberapa gambar sebagai bukti...

Monday, April 5, 2010

..:: hadiah dari Mr. Supeman ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 8:34 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe
ya Allah lambatnya kau nak posting nana..hahaha~~dasar pemalas memang begini..huhuhu~~ sekarang ni memang nana jarang blog walking..agak sibuk dengan rutin harian.. keadaan kesihatan pun tidak mengizinkan.. adeh!! ni gara-gara menjerit kat Stadium Tunku Abdul Rahman  (STAR) Paroi, Negeri Sembilan.. sewaktu menyaksikan pelawanan Negeri Sembilan melawan Selangor separuh akhir piala FA ( Negeri Sembilan menang wei!!!!muahahah~~) *melalut macam nenek kebayan yang cantik lak nana ni...auww~~ terlebih sudah!!

oklah.. sekarang balik pada tajuk asal ok!! kan hari tu nana menang untuk hit page counter bukan counter strike macam game yang kamu suka main tu k!! so, biasa la.. nana kan selalu bertuah!! alamak!! riak kau nana...hehehe.. jangan ambil hati ye?? apa yang nana nak tunjukkan sebenarnya adalah..cara si Mr. Superman ni bungkus hadiah..hahaha~~ u all terkejut tak tengok gambar kat bawah ni? kononnya si lelaki gagah perkasa ni, cara dia bungkus hadiah..alamak!!! terharu nana.. (aie!! aku nak gelak guling-guling ni..) cara membalut hadiah yang sangat memernjatkan bagi lelaki.. dia punya pembalut pun..auwww~ i loiikkkkkee~~

Friday, April 2, 2010

..:: Din Beramboi meninggal dunia ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 3:58 AM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe





dengan rasa dukacita nana maklumkan pada semua, bahawa kita telah kehilangan pelawak dan penghibur yang sangat-sangat berbakat ini..agak terkejut nana mendapat berita dari Ngexz...Ngexz dapat berita dari Facebook Afdlin  Shauki iaitu teman rapat allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44. Kematian allahyarham kira-kira jam 12.35 pagi tadi..



Tuesday, March 30, 2010

..:: Din Beramboi sedang kritikal, memerlukan darah jenis O ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 10:00 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe


amat terkejut apabila nana dapat tahu berita ni dari seorang sahabat di Facebook... so, apa lagi nana pun pergi la mencari bahan-bahan mengenai berita ni... sangat-sangat terkejut dengan berita Din Beramboi di tahan di wad ICU.. rasanya baru dengar dia buat lawak di radio yang mengendali pagi di era bersama Pak Nil (Aznil Haji Nawawi), teringat telatah beliau sewaktu menjadi pengkritik di Raja Lawaka musim keempat baru-baru ini.. apa punca semua ni??

..:: saya menang untuk hit counter lagi ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 3:30 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe


sila baca dengan sabar ye?? saya tahu anda semua iri hati kan?? ngexz terutamanya!!!heheheh~~~bulan ni jew banyak dah yang saya dapat....statement riak sungguh ni,, tak maw jelous k...usaha tangga kejayaan..chewah!!! dari mana nana menang?? macam mana nana menang?? hadiah apa yang nana menang??

Monday, March 29, 2010

..:: nana jual jersey murah sempena world cup 2010::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 7:00 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe

abang-abang hensem, ni adik yang tak berapa lawa (memang tak lawa pun..hahaha~~) nak tanya sesiapa yang nak beli jersey sempena 'World Cup 2010'...??? jom la support perniagaan saya yang baru nak bertapak ni...hehehe....mari-mari, jangan malu jangan segan k...saya jual murah-murah jew..tak boleh mahal-mahal, riba' nanti...
paling mudah ke blog shop nana...


ni adalah senarai negara-negara yang join World Cup 2010..boleh pilih k..semua ada... kalau nak jersey Club pun ada, macam Manchester United, Chelsea dan apa-apa pun k..

ni contoh design bagi negara brazil...bagi tiap-tiap negara ada 2 jenis k.. home (bermain di tempat sendiri) atau away (tempat lawan)...peminat bola semua tahu la kan??

sini saya senaraikan harga baju mengikut jenis kain dan harga:: >>>

Friday, March 26, 2010

..:: street fashion @ fesyen jalanan ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 12:18 AM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe


<<<<--- click gambar ni ye??


hahaha.... ada ke name fesyen jalanan??nak melayukan memang payah la.. huhuhu... layan jew la, saya memang suka la tengok fesyen-fesyen yang ada sekarang...terutama untuk kaum wanita... eh, dah nama saya perempuan, mesti la pilih yang macam tu...hehehe.. tak gitu??





Sunday, March 21, 2010

..:: Yanie Mentor meninggal dunia ::..

❤ SwEEt PiNkY sToRy bY ❤ Ida Sazarina at 10:28 PM 0 ❤ SwEEt MeSSaGe 4 mY PiNkY HoMe


al-fatihah.. hari ni saya agak sibuk dengan aktiviti sendiri..balik-balik tadi on lappy, cek email, blog, facebook, dan gosip-gosip artis, so terbaca la pasal kematian Yanie Mentor.. arwah meninggal sebab ketumbuhan di paru-paru..dan arwah dah terlantar sakit 4 bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir pada hari ini pagi 21hb Mac 2010 ..

siapa tak kenal yanie mentor??
Related Posts with Thumbnails
 

❤ sToRy bY tHe PiNkY LoVeR❤ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas